Categories: MELAKA

KPMBM jayakan Ekspedisi Dakwah Pulau Besar

PULAU BESAR 18 Mac – Seramai 32 mahasiswa Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) menjayakan Ekspedisi Dakwah Pulau Besar, baru-baru ini.

Ekspedisi diadakan di Sekolah Menengah Agama dan Tahfiz al-Quran Pulau Besar (SMATQPB) itu bagi menyemai semangat dakwah dalam kalangan pelajar.

Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPMBM, Norazhar Abdul Hamid berkata, usaha itu sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Ekspedisi dakwah dan CSR ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun MARA Kali ke-53 peringkat KPMBM.

“Peserta sangat teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Besar, selain dapat melihat sendiri tinggalan sejarah di pulau tersebut,” katanya.

Ekspedisi anjuran Unit Hal Ehwal Ugama dan Dakwah (UHUD) KPMBM bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMATQPB itu diketuai Norazhar dan Penyelaras Program Abdullah Long.

Antara aktiviti diadakan sepanjang ekspedisi seperti latihan dalam kumpulan bersama pelajar tingkatan 1,2 & 4, taklimat promosi kemasukan ke KPMBM dan penyerahan sumbangan enam rak kasut kepada asrama SMATQPB hasil kutipan sumbangan warga KPMBM.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago