Categories: Ketua MenteriMELAKA

KPE SAMB enggan sambung kontrak, bukan diberhentikan – KM

AYER KEROH 9 Jan. – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Mohd Khalid Nasir telah memaklumkan Kerajaan Negeri Melaka hasratnya untuk tidak lagi menyambung jawatan itu sebelum kontrak perkhidmatan diperbaharui.

Sehubungan itu Ketua Menteri Adly Zahari menegaskan, tidak timbul isu Mohd Khalid diberhentikan kerajaan negeri atau kontraknya tidak diperbaharui disebabkan krisis air yang berlaku di Melaka pada tahun lalu.

“Sebenarnya tiada isu beliau telah diberhentikan.

“Beliau telah memberi makluman kepada kita untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatan beliau di SAMB dan kita menghormati pendirian tersebut,” katanya kepada pemberita di Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan membuat penyusunan di SAMB dengan pegawai kanan berkelayakan mungkin akan dipilih memangku tugas KPE syarikat itu sehingga KPE baru dilantik.

Adly yang juga Pengerusi SAMB berkata, satu jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti calon sesuai untuk mengambilalih tanggungjawab KPE di SAMB secara temuduga terbuka.

Beliau menjelaskan, selain Mohd Khalid yang memilih untuk tidak menyambung kontrak, terdapat ramai pegawai SAMB termasuk Pemangku Ketua Pegawai Operasinya yang hampir menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada tahun ini.

“Kita percaya bahawa SAMB harus memikirkan untuk masa hadapan.

“Saya yakin mereka yang mempunyai pengalaman di syarikat itu akan juga diberikan peluang sama ada kenaikan pangkat dan mengambil tanggungjawab lebih besar di situ,” katanya.

Di samping itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti calon-calon luar yang berkeupayaan dan mempunyai pengalaman dalam sektor perkhidmatan air untuk berkhidmat di SAMB.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago