Categories: MELAKAPELANCONGAN

Kota A’Famosa atau Porta de Santiago

KOTA A’Famosa atau Porta de Santiago ini terletak di Banda Hilir, Melaka dan ia merupakan antara bangunan bersejarah paling popular di Bandaraya Bersejarah Melaka. Kota ini dibangunkan oleh Portugis selepas menakluki Melaka pada tahun 1511.

Kota ini mempunyai empat menara yang tembok pada bangunan ini setebal 2.4 meter sehingga 4.5 meter. Menara-menara yang dibina tersebut adalah Baluerte de Santiago, Baluerte Madre de Dios, Baluarte San Pedro, Baluerte Santo Domingo, Baluerte de las Virgenes.

Melaka telah dijadikan bandar berkota yang dilindungi oleh 70 meriam ke setiap arah penjuru menjelang tahun 1583.

Bagaimanapun, pada kurun ke-17, kota ini gagal menghalang tentera Belanda dan dengan bantuan dan pertolongan rakyat Melayu Johor serta penduduk tempatan Portugis tewas di Melaka.

Kota A’ Famosa dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada termasuk runtuhan bangunan dan masjid. Kota ini telah dibaiki dan diubah suai oleh Belanda, dan jata mereka telah diletakkan di atas pintu pagar yang sehingga kini masih kekal pada Porta de Santiago iaitu satu-satunya pintu yang berjaya diselamatkan dengan ukiran padanya “Anno 1670”

Ketika kerja-kerja pemusnahan dan perobohan berlaku dengan begitu rancak sekali, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti iaitu Sir Stamford Raffles, telah berkunjung ke Melaka atas jemputan William Farquhar.

Apabila perihal kemusnahan Kota A’Famosa telah diketahui, surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India telah ditulis oleh beliau dengan menyatakan perobohan kota ini tidak sepatutnya dilakukan dan diteruskan.

Kerajaan Inggeris telah menerima baik cadangan dan usul Raffles itu tetapi ia sudah terlewat kerana hampir keseluruhan kota ini telah musnah dan dirobohkan. Hampir keseluruhan kota ini telah dimusnahkan dalam tahun 1807. Dan yang tinggal sekarang ini hanyalah satu pintu kota sahaja iaitu Porta de Santiago.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago