Categories: MELAKA

Koronavirus: Melaka giatkan promosi TMM2020 ke negara serantau dan Jeddah

AYER KEROH 5 Feb. – Melaka mempelbagaikan lagi strategi tarikan pelancongannya, bagi menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.

Dengan tumpuan diberikan terhadap beberapa negara yang dilihat berpotensi, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Jailani Muhammad Khamis berkata, ia merupakan langkah yang perlu diambil ketika penyebaran wabak virus Novel Corona (2019-NCov) menjejaskan sektor itu di seluruh dunia.

Jelasnya, kerajaan negeri turut mengambil langkah mempromosi pelancongan negeri ini melalui beberapa negeri serantau lain, sekali gus mengurangkan kebergantungan kedatangan pelancong China ke Melaka.

Ujarnya, pelancongan pemasaran negeri ini mengkhususkan kepada rantau Sumatera dan beberapa Negara Asia lain antaranya Filipina, Thailand, Singapura dan pelbagai lagi termasuk Brunei.

“Promosi berterusan ini terus dilaksanakan dan pada April ini, kita turut mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM20) di Jeddah, Arab Saudi dengan mengkhususkan kepada pelancongan Melaka.

“Kita yakin dan berusaha dalam sektor ini dan tahun ini kita tidak lagi beri pengkhususan kepada sesebuah sub-sektor pelancongan, namun kita memberi pendekatan menyeluruh asalkan ada pelancong datang ke lokasi pelancongan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Bapa Angkat dan Anak Angkat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, Johor 2020 serta Penyampaian Hadiah Kemenangan Atlet Negeri Melaka di Sukan SEA, Filipina di Auditorium Seri Negeri, semalam.

Pada masa sama, Jailani turut memuji tindakan proaktif kerajaan bagi mencegah penularan itu kerana ia merupakan cabaran terbesar buat kerajaan.

“Langkah saringan kepada pelancong di pintu masuk utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) telah dilaksanakan dan setakat ini tiada rekod kes baharu dilaporkan.

“Malah, tindakan menghapuskan visa pelancongan bagi pelancong China dan India merupakan salah satu langkah terbaik kepada perkara ini.

“Terima kasih kepada Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong kerana turut melakukan langkah pencegahan awal di negeri ini,” katanya.

Menurut Jailani lagi, beliau menyeru kepada penguna media sosial agar tidak menyebarkan berita palsu bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat di negara ini.

“Kita minta netizen sama-sama bantu kerajaan kerana banyak sangat spekulasi tidak benar disebarkan berhubung 2019-NCov.

“Tetapi tiada sebarang pun kes ini direkodkan di Melaka, malah keadaan negeri kita bersih dan selamat, kita perlu jaga soal kesihatan.

“Masalah penyebaran ini akan mendatangan pelbagai persepsi dan menyumbang kepada penurunan kada pelancong ke negeri ini pada masa akan datang.

“Apa pun, buat masa ini kita perlu berdoa agar wabak ini dicegah dengan segera,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago