Categories: MELAKA

Konvensyen NUNJI 2019 perjelaskan kepada rakyat konsep Rahmatan Lil Alamin

MELAKA, 19 Julai – Konvensyen Nunjin 2019 (Nadwah Ulama Nahdhan Jadidan) atau Himpunan Ilmuwan (Ulama) Kebangkitan Baharu menjadi medan kepada kerajaan untuk memperjelaskan kepada rakyat maksud sebenar konsep Rahmatan Lil Alamin dalam usaha mendaulatkan agama Islam di negara ini.

Konvensyen Nunjin 2019 yang dijadual berlangsung esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh itu dijangka mampu menarik lebih 1,300 peserta dan mereka berpeluang untuk menyuarakan sebarang persoalan, idea bahkan kritikan sepanjang konvensyen yang bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

Timbalan Pengerusi parti Amanah Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata fokus utama konvenyen kali ketiga itu adalah untuk memberi penerangan secara jelas kepada rakyat tentang konsep Rahmatan lil Alamin iaitu konsep membawa rahmah ke seluruh alam agar rakyat dapat bersama dalam menjayakan gagasan kerajaan ini.

“Rahmatan Lil Alamin juga telah diterima oleh pucuk pimpinan negara (Perdana Menteri) sebagai satu gagasan kerajaan untuk mengangkat agama Islam sebagai agama yang membawa rahmah dan bukan agama yang membawa kepada perseteruan atau menghukum orang lain.

“Kami perlu sentiasa berlapang dada dan melakukan perbincangan dalam menyelesaikan apa juga masalah dan tidak terus menghukum orang lain sebaliknya memberi peluang dan ruang untuk mereka berbincang secara adil dan terbuka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Sofi yang juga Timbalan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata isu yang akan dibincangkan dan dikongsi dalam konvensyen bertemakan ‘Mengisi Kemenangan, Memartabatkan Islam’ itu berkisar kepada pengisian kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir urus negara ini.

Beliau berkata apa yang diharapkan oleh kerajaan Melaka daripada konvensyen ini adalah dua perkara iaitu menghilangkan kedukaan rakyat daripada kesusahan hidup dan kejahilan yang mendorong kepada manusia untuk melakukan kejahatan.

“Ia bukan hanya sekadar satu slogan sebaliknya satu perkara penting yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi membantu setiap rakyat yang ingin perubahan,” katanya.

Mohd Sofi menyeru semua rakyat Melaka dan juga ahli parti Amanah serta barisan parti lain dalam PH menyertai konvensyen sehari itu bagi memahami secara jelas gagasan yang dibawa oleh kerajaan dalam mendaulatkan agama Islam di negara ini menerusi konsep Rahmatan Lil Alamin.

Beliau berkata sebagai tuan rumah, kerajaan negeri berasa bertuah kerana dipilih untuk julung kali menganjurkan konvensyen nasional itu dan mengalu-alukan kedatangan semua peserta ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

6 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago