Kontroversi India-Pakistan: Sampai bila?

Kontroversi India-Pakistan: Sampai bila?

Apa yang penting, persefahaman..

KEJADIAN serangan Pakistan yang menembak jatuh dua pesawat pejuang India di tanah Kashmir Februari lalu mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak malah penduduk seantero dunia.

Insiden itu sekaligus menegangkan kembali hubungan antara kedua negara kuasa nuklear itu.

Menurut agensi berita India, ANI, langkah itu dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan sama yang dikatakan untuk membanteras aktiviti keganasan.

Rentetan kejadian itu, salah seorang dari juruterbang pesawat berkenaan ditahan pihak Pakistan.

Pesawat pejuang India pula didakwa memasuki ruang udara Pakistan di Balakot meskipun pernah diberi amaran oleh tentera Pakistan.

 

TULAR #SAYNOTOWAR

Bimbang peperangan kembali tercetus selepas 72 tahun konflik kedua negara ini masih tiada peghujung, netizen terdorong menularkan #SayNoToWar.

Bagi mereka, kedua-dua negara tersebut pernah menderita akibat peperangan yang berlaku sebelum ini dan seharusnya pihak terbabit perlu mencari penyelesaian sewajarnya.

Tidak patut jika meletakkan risiko dan mengancam nyawa seseorang kerana ego dan kuasa politik.

#SayNoToWar telah menjadi trending dan pelbagai video berkaitan penolakkan peperangan tersebut dimuat naik penduduk di negara itu.

 

INDIA TOLAK TRUMP

Dalam pada itu, turut menjadi tumpuan mengenai konflik ini apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menawarkan dirinya sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Namun, tawaran tersebut ditolak India dan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar berkata kepada Setiausaha Negara AS Mike Pompeo, rundingan mengenai Kashmir hanya akan dilakukan dengan Pakistan dan hanya secara dua hala.

Bagi pihak Pakistan pula, mereka menyambut baik cadangan Trump itu.

Respon Pakistan, sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan India dan mendakwa isu pemberontakan di negara itu adalah urusan dalaman.

 

DINGIN SEJAK 1947

Mengimbas mengenai konflik antara Pakistan dan India, hubungan negara terbabit mula dingin ketika pemisahan India pada tahun 1947 dilakukan yang membawa kepada perebutan wilayah Kashmir.

Terdapat pelbagai pertikaian dan perdebatan antara kedua negara ini semata-mata untuk memiliki wilayah itu sehingga meletusnya perang.

Antara perang terjadi adalah perang India-Pakistan 1947, perang India-Pakistan 1965, perang India-Pakistan 1971 dan perang India-Pakistan 1999.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES