Konsert Muzikal Extravaganza penyeri hari bersejarah

Konsert Muzikal Extravaganza penyeri hari bersejarah

AYER KEROH 15 Apr. – Kira-kira 5,000 pengunjung mula membanjiri perkarangan Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi meraikan sambutan Bandaraya Melaka Bersejarah Ke-16 di sini, malam tadi.

Sambutan diraikan dengan persembahan Konsert Muzikal Extravaganza melalui dendangan nyanyian pelbagai artis tempatan.

Program bermula sekitar 8.30 malam itu dihadiri Ketua Menteri, Adly Zahari yang ketibaannya di dataran itu telah disambut oleh Exco Kerajaan Negeri dan tetamu jemputan yang turut hadir

Konsert yang berlangsung itu juga memainkan persembahan kumpulan orkestra pelajar daripada Kolej Yayasan Saad (KYS) yang menjadi penyeri sepanjang konsert tersebut bersama bakat yang dipersembahkan pelajar terbabit.

Konsert Muzikal Extravaganza menghiburkan pengunjung yang tiap kali bersorak apabila kemunculan artis tempatan terkenal seperti Misha Omar, Hael Husaini, Datuk Ramli Sarip serta pelbagai lagi.

Program tamat sekitar jam 12 tengah malam tadi masih menerima sambutan pengunjung yang kekal hadir sebagai meraikan sambutan hari bersejarah itu.

CATEGORIES