Categories: MELAKA

Kongsi kepakaran univerisiti ternama

DURIAN TUNGGAL 8 Mei – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memperluaskan jalinan kerjasamanya dengan universiti ternama antarabangsa dalam mewujudkan lebih banyak perkongsian kepakaran.

Selari dengan itu, UTeM memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama universiti swasta terbaik di Indonesia, Universitas Islam Indonesia (UII).

MoU itu, sekali gus menterjemahkan hubungan strategik antara dua universiti dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknikal.

Pengarah Pusat Pembuatan Termaju, Prof. Dato’ Dr. Abu Abdullah berkata, dengan pemeteraian MoU itu, pelbagai peluang kerjasama dapat dijalinkan seperti pelaksanaan penyelidikan secara padanan antara kedua-dua universiti dan penerbitan artikel di jurnal melalui penganjuran persidangan bersama.

“Selain program ijazah secara berganda, pertukaran pelajar dan staf akademik melalui program mobiliti dan program pasca siswazah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas MoU tersebut di UII, Indonesia, baru-baru ini.

Hadir sama, Rektor UII, Dr. Fathul Wahid, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Hubungan Kerjasama), Dr. Wiryono dan Fakulti Teknologi Industri, Prof. Dr. Hari Purnomo.

UTeM diwakili kumpulan delegasi yang diketuai Abu Abdullah bersama Prof Dr. Mohd Warikh Abd Rashid, Dr. Saifudin Hafiz Yahaya, Dr. Mohd Shukor Salleh dan Datin Dr. Suraya Ahmad.

UII adalah universiti swasta terbaik di Indonesia terutama dalam bidang kepakaran penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Lembaga Akreditasi Kebangsaan Indonesia mengiktiraf UII sebagai universiti berakreditasi A dengan penghasilan seramai 95,000 alumni.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: UIIUTeM

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago