Categories: MELAKA

KOMSAS platform ketengah seni lakonan

AYER KEROH 13 Sept – Sebanyak 16 pasukan mewakili negeri masing-masing menyertai Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Razuki A. Rahim berkata, penyertaan itu memberi peluang kepada setiap sekolah menengah mementaskan karya masing-masing.

“Ia memberi peluang setiap sekolah di seluruh tanah air mempersembahkan karya terpilih mereka berdasarkan teks Komponen Sastera (KOMSAS) semasa.

“Usaha dan komitmen ditunjukkan setiap pasukan menghasilkan kualiti persembahan yang terbaik dalam pertandingan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertandingan tersebut di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri, Jamsari Mariman.

Razuki berkata, pertandingan KOMSAS memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pendidikan asas seni lakonan.

“Kita boleh lihat seni persembahan selain meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai kesenian bangsa sekali gus membentuk masyarakat yang berbudaya,” katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan Negeri Pulau Pinang dinobatkan johan, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan dari Negeri Johor dan Kelantan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago