KLIP bakal lonjak ekonomi Kuala Linggi, Alor Gajah – Adly

KUALA SUNGAI BARU 28 Feb – Projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bakal mengubah landskap ekonomi dan infrastuktur kawasan Kuala Linggi dan Alor Gajah secara keseluruhannya.

Menjelaskannya, Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, KLIP dimajukan bagi merebut peluang keemasan laluan kapal perdagangan antarabangsa di Selat Melaka selain faktor kedalaman perairan di kawasan sekitar lima batu nautika dari Kuala Linggi.

“Dalam setahun ada 100,000 kapal dagang menggunakan Selat Melaka dan KLIP cuba meraih manfaat daripada laluan itu untuk kemajuan bersama,” katanya ketika berucap pada program lawatan kerja Ketua Menteri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, di sini baru-baru ini.

Pada program itu beliau meninjau pelbagai projek pertanian dan penternakan diusahakan usahawan tani dan penternak di beberapa kampung selain beramah mesra dengan anggota komuniti di Kampung Sungai Tuang, di sini.

Pada program ramah mesra itu, Adly meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada belia yang menyertai pertandingan bola sepak dan layang-layang.

Hadir sama, Penyelaras DUN Kuala Linggi, Amran Othman dan Penyelaras DUN Tanjung Bidara, Datuk Halim Bachik.

Beliau berkata, tahun lalu sahaja sebanyak RM14 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 1,339 projek infrastruktur di daerah Alor Gajah.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM5.5 juta disediakan untuk memajukan pelbagai projek infrastruktur di Masjid Tanah, selain RM1 juta untuk 21 projek seumpama itu di kawasan dalam DUN Kuala Linggi.

Sehubungan itu, Adly meminta anggota komuniti membantu kerajaan negeri memelihara pantai di kawasan ini kerana ia bukan setakat penting bagi kehidupan nelayan, malah industri pelancongan.

Beliau menjelaskan, hakisan pantai yang menyebabkan pantai di Kampung Balik Batu di Tanjung Bidara, Kampung Sungai Kertah di Pengkalan Balak, Kampung Tengah di Kuala Sungai Baru dan Kampung Tanjung Dahan di Kuala Linggi mengalami kerosakan, sudah dijalankan kerja pembaikan.

Kerajaan negeri membelanjakan berjuta-juta ringgi bagi membina benteng pemecah ombak dan tembok penahan ombak di kawasan berkenaan bagi memastikan pantai dan kediaman nelayan di pinggir pantai tidak musnah.

Sementara itu, ketika mengadakan perjumpaan dengan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Barat, di sini pada Disember lalu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dilaporkan berkata, projek itu AKAN dibiayai syarikat swasta dengan cadangan menebus guna laut seluas 250.91 hektar di perairan beberapa batu nautika dari Jeti Kuala Linggi sedia ada.

Berdasarkan pelan induk pembangunan KLIP, ia bakal berfungsi sebagai pusat aktiviti pemindahan barangan kering, pusat pembaikan kapal, pusat pemindahan anak kapal dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Din Ahmad

Leave a Comment
Share
Published by
Din Ahmad
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago