Klebang bakal berubah wajah, lebih banyak bangunan pencakar langit bakal dibina

KLEBANG 26 Dis. – Klebang bakal berubah wajah dalam tempoh empat tahun lagi apabila beberapa bangunan pencakar langit bakal dibina berhampiran Pantai Klebang sebagai daya tarikan terbaharu kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck berkata, pembinaan bangunan itu sudah hampir bermula dan dijangka mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Jelasnya, projek pembinaan bangunan pencakar langit itu dikenali Greenwood City itu bakal dibangunkan di tepi Sungai Klebang dan menghadap ke laut.

“Difahamkan, bangunan-bangunan ini bukan sahaja berkonsepkan kediaman dan hotel tetapi juga akan dibangunkan pusat komersial, rekreasi dan tempat luncur ais yang mana ia akan dilancarkan secara berperingkat dan mengambil masa empat tahun untuk siap secara keseluruhan di kawasan Pantai Klebang.

“Selain bangunan, kita juga ada rancangan untuk menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Klebang sebagai medan selera ikan bakar,” katanya dalam satu wawancara khas bersama MelakaKini, baru-baru ini.

Mengulas perancangannya untuk memastikan sektor pelancongan di Klebang terus berkembang, Gue Teck berkata, pihaknya akan terus komited dalam memastikan infrastruktur di kawasan berkenaan sentiasa ditiktikberatkan.

“Kita akan menambah baik infrastruktur kawasan pelancongan di Klebang dan memastikan kawasan-kawasan peniaga lebih tersusun dan bersih.

“Selain itu, kita juga akan menyelesaikan masalah bas-bas usang yang digunakan oleh peniaga-peniaga di Pantai Klebang untuk memastikan keselesaan peniaga dan juga pengunjung,” katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago