‘King’ taiko buaya di Taman Buaya & Rekreasi Melaka

‘King’ taiko buaya di Taman Buaya & Rekreasi Melaka

ANTARA pengunjung ketika memberi makan seekor buaya.

AYER KEROH 6 Ogos – ‘King’ adalah spesies buaya tembaga jantan yang dianggap istimewa sebab tak boleh berdekat dengan buaya jantan lain.

“Dia punya ganas sampaikan buaya lain takut nak berendam sama, kalau dia ada dalam kolam, mesti kena bunuh,” kata Pengurus Besar Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, Ahmad Syarifuddin Mohamad.

King salah seekor dari 100 ekor buaya yang ada di taman berkenaan berumur 50 tahun miliki berat hampir 600 kilogram selain fizikal sepanjang 16 kaki.

Menurut Ahmad Syarifuddin, buaya terbabit pernah diletakkan dalam sangkar bersama beberapa ekor buaya lain, namun kerana sikapnya terlalu ganas membuatkan reptilia itu terpaksa dipindahkan ke sangkar lain.

“Dengan buaya betina dia tiada masalah, tapi kalau dengan jantan memang bergaduh, mungkin sebab berebut kawasan, setakat ini dua ekor buaya telah dia bunuh.

“King adalah nama gelaran diberi kami sebab anggap dia macam ‘taiko’ buaya kat sini,” katanya.

Buaya tembaga dari Perak itu kini diletakkan bersama tiga buaya tembaga betina di kolam nombor empat.

Kawasan taman seluas kira-kira 11 ekar itu turut menempatkan beberapa haiwan lain, antaranya burung Emu, sebahagian spesies ular, tuntung dan lain-lain.

Taman berkenaan yang dibuka sejak 1987 merupakan sebahagian dari produk pelancongan Melaka.

CATEGORIES
TAGS