KHABAR ANGIN MELAKA DARURAT, PALSU!

Jangan sebar maklumat tidak sahih, Melaka tidak berdepan krisis bekalan air.

Berikutan ura-ura Melaka akan mengisytihar darurat air Jumaat ini adalah PALSU.

Ketua Menteri, Adly Zahari memaklumkan kadar air di empangan masih ada bagi menampung keperluan penduduk.

Bagaimanapun penyampaian air akan diuruskan bagi kawasan yang terjejas, selain melibatkan pengurangan tekanan air di kawasan tertentu.

Beliau berkata demikian pada siding media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Menurut Adly, setakat ini, paras air di Empangan Durian Tunggal berada pada bacaan 20.3% iaitu melepasi tahap kritikal, selain bekalan air di Empangan Jus sebanyak 15 juta liter.

Justeru, pihaknya akan memanfaatkan sumber air tersebut dalam memastikan bekalan air mencukupi bagi seluruh negeri Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES