Keunikan dijaga : Baba Nyonya identiti Melaka

UASANA dalam Muzium Baba Nyonya yang menunjukkan ciri-ciri seni bina yang unik.

ISTILAH ‘Peranakan’ sudah lama didengari. Ia lazim dikaitkan dengan kewujudan masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang.
Begitu juga masyarakat Chetti dan Portugis. Istilah Peranakan yang disinonimkan dengan keberadaan kelompok ini tidak kurang juga disalah ertikan akibat kurangnya maklumat dan perhatian.

Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum.
Dari zaman pedagang dari negara China dan India, hinggalah ke zaman Kesultanan Melaka kemudian ke zaman penjajahan seterusnya era sebelum dan selepas merdeka.

Kini, keluarga Baba Nyonya, Portugis dan Chetti hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kelompok komuniti Melayu, Cina dan India. Nilai kepelbagaian itu jelas punyai kuasa tarikan untuk pelawat domestik dan pelancong asing.

BABA NYONYA

Penduduk Cina Selat yang juga digelar Baba Nyonya, merupakan warga Cina berketurunan diraja yang telah banyak menerapkan nilai budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Ini merupakan proses beransur-ansur yang memakan masa lebih 400 tahun sejak pengembara Cina yang hebat iaitu Laksamana Cheng Ho yang mula-mula membawa penduduk China ke Negeri Melaka.

Setelah berkurun lamanya, penduduk Baba Nyonya telah membentuk satu budaya yang berbeza dan sangat menarik dan unik di pantai barat Malaysia terutamanya di Melaka.

SEJARAH BABA NYONYA

PAKAIAN tradisional Baba Nyonya.

Sejarah telah menunjukkan kedatangan masyarakat Cina di Malaysia dan kewujudan komuniti Baba Nyonya telah wujud sejak kurun ke-15.

Melalui aktiviti perdagangan dan sosio budaya, Laksamana Cheng Ho telah membawa kira-kira 200 buah kapal yang membawa hampir 27,000 lelaki bujang dari negara China untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Namun, hanya separuh dari jumlah tersebut terus menetap di Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan, manakala selebihnya pulang ke negara asal.

Itulah hubungan diplomatik erat terjalin pada zaman pemerintahan kerajaan Parameswara yang menerima pedagang dari China di Melaka.

Sejak itu berkembanglah komuniti Baba dan Nyonya sehingga hari ini. Namun, masyarakat itu telah melalui beberapa fasa permodenan termasuklah menerima pengaruh British.

PENGARUH BUDAYA

Pengaruh budaya masyarakat Melayu dan penjajah banyak menyumbang kepada pemodenan masyarakat Baba Nyonya.
Kebanyakan orang Peranakan khususnya Cina datang ke Malaysia melalui Indonesia, namun ada juga sebahagiannya datang melalui laut dengan menyeberang Selat Melaka.

Kaum Peranakan Baba Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.
Bagaimanapun, dari segi anutan, kebanyakan mereka masih mengekalkan agama Buddha, namun ramai di antara mereka yang memilih agama lain seperti Islam dan Kristian.

Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu.

LOGHAT BERBEZA

Loghat berbeza pula terjadi akibat percampuran dengan bahasa Hokkien apabila sesetengah perkataan tiada dalam bahasa Melayu.

MUZIUM Baba Nyonya di Melaka.

Uniknya, bahasa mereka tiada pertambahan suku kata.

Keunikan ini muncul kesan dari penerimaan tanpa soal akan nilai-nilai baik yang dipegang dalam kehidupan, antaranya bahasa.
Peniaga yang sibuk dengan urusan mencari rezeki menjadikan isteri (anak tempatan) yang tidak menguasai bahasa Cina mendidik anak-anak.

Perbauran bahasa dan amalan hidup menjadikan mereka berbeza apabila dibandingkan dengan pendatang atau penghijrah baharu orang dari China apabila Tanah Melayu membuka banyak perusahaan bijih seumpama timah di Perak.

Contoh menarik ialah terma bakul sia. Sia dalam bahasa Hokkien bermaksud bakul, tetapi kerana tidak memahaminya, maka timbul nama itu.

KEBAYA NYONYA

Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu dikenali kebaya Nyonya seperti yang kita lihat hari ini.

Dari situ, bermulalah era permodenan dan setelah mereka tiba di Tanah Melayu, banyak lagi permodenan yang telah dialami.

KEKALKAN UNSUR-UNSUR MASYARAKAT CINA

Namun, kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini masih mengekalkan unsur-unsur masyarakat Cina biarpun mereka telah lama terpisah dari komuniti nenek moyang mereka di China.

Keadaan ini jelas digambarkan menerusi sistem kekeluargaan dan agama yang masih mereka amalkan, kecuali ‘tocang’ yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu (zaman sebelum penghijrahan ke Tanah Melayu).

Bagaimanapun, zaman semakin berubah, amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya semakin disisihkan oleh generasi baharu kaum itu.

PERNAH DIGELAR CINA RAJA

Menyingkap permodenan masyarakat Baba Nyonya, komuniti tersebut pernah digelar sebagai Cina Raja pada suatu ketika dahulu.

Gelaran tersebut wujud ketika zaman British khususnya di Melaka. Kebanyakan masyarakat Baba Nyonya berpandangan jauh dan demi kebaikan dan masa hadapan, mereka berbaik-baik dengan semua orang termasuk British.

Sewaktu penjajahan British, banyak perubahan berlaku seperti cara berpakaian, pertuturan dan sebagainya.

MUZIUM BABA NYONYA

Peranakan di Malaysia sudah lama gah dalam peta dunia peri keunikan dan kekayaan khazanah budayanya serta sumbangan besar mereka kepada peradaban kita di Malaysia.

Orang ramai kini boleh melihat bahan-bahan artifak unik yang bersejarah berkaitan kebudayaan ini di sebuah muzium persendirian yang menawan, dikendalikan oleh komuniti Baba dan Nyonya Melaka.

Adanya tembok bangunan warisan ini, membolehkan anda mengetahui dengan lebih banyak tentang budaya yang unik ini.

Muzium Warisan ini menawarkan pelancongan berpemandu (dengan tempahan), kemudahan penyelidikan dan audio visual. Memang berbaloi untuk dilawati.

SITKOM BABA NYONYA

PELAKON siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya, Chee Hood Siong (kiri) dan Kenny Chan (kanan).

Siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBPR) sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Sitkom Baba Nyonya yang disiarkan di TV1 antara sitkom yang melekat di jiwa rakyat Malaysia kerana memberi kesan mendalam tentang masyarakat Baba Nyonya di negara ini.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago