Ketua Penguatkuasa JAIM: Adly masih tunggu senarai JAKIM

PAYA RUMPUT 12 Dis.- Melaka masih menunggu senarai nama cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengisi jawatan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang dahulunya disandang Datuk Rahimin Bani.

Menurut Ketua Menteri, Adly Zahari, jawatan itu ketika ini masih dipangku pegawai JAIM dan berharap JAKIM mempercepatkan proses pertukaran pegawai itu ke kekosongan berkenaan.

“Sekarang jawatan itu dipangku pegawai JAIM, cuma kerana jawatan itu merupakan lantikan JAKIM, jadi kita minta JAKIM percepatkan proses pertukaran itu.

“Sekarang kita tidak menghadapi masalah kerana pegawai JAIM masih menjalankan tugas penguatkuasaan.

“Namun, saya menunggu senarai nama, terpulang pada JAKIM tetapi kita di peringkat kerajaan negeri sedia menerima pegawai yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan Paya Rumput pada lawatan kerjanya di sini hari ini.

Rahimin ditamatkan kontraknya pada 31 Ogos lalu untuk membuka laluan kepada muka baharu menjawat jawatan itu selepas menyandangnya lebih 20 tahun.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago