Ketua Menteri mengadap TYT

Ketua Menteri mengadap TYT

Semoga kepimpinan kerajaan negeri akan terus menjaga jalinan silaturahim demi jaminan masa depan negeri dan negara amnya..

AYER KEROH 19 Jun – Ketua Menteri, Adly Zahari telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dalam sesi kunjungan hormat pada awal pagi tadi.

Menerusi satu ‘posting’ di laman media sosial Facebook rasmi milik Adly, menyatakan kunjungan tersebut antara lain membincangkan tentang beberapa perkara yang akan dibawa ke Mesyuarat Exco.

“Seperti kebiasaan, saya akan mengadap TYT Tun terlebih dahulu bagi membincangkan beberapa perkara yang akan dibawa ke Mesyuarat Exco.

“Semoga TYT Tun terus diberi kesihatan yang berpanjangan agar dapat mentadbir Negeri Melaka ke arah yang lebih berwibawa,” jelasnya.

 

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS