Peminat sukan perlu ada ilmu CPR

Peminat sukan perlu ada ilmu CPR

Ilmu CPR sewajarnya perlu ada pada setiap kita

AYER KEROH 20 Sept. – Kesedaran terhadap persediaan bantuan kecemasan perlu diperluaskan khususnya bagi peminat sukan sebagai persediaan awal apabila berlaku kecemasan.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata, bagi mempertingkatkan kesedaran itu kerajaan negeri komited dalam memainkan tanggungjawabnya dengan bekerjasama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan St. John dalam menyebarkan pengetahuan itu kepada golongan terbabit.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka bersedia bekerjasama dengan NGO bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan terhadap rawatan kecemasan khususnya bantuan pernafasan (CPR) dan Defibrillator Luaran Automatik (AED) kepada masyarakat.

“Perkara ini perlu dipandang serius bagi menyelamatkan nyawa seseorang terutama apabila berlaku kecemasan malah sebelum ini pernah ada peristiwa berlaku di negeri ini apabila seorang pemain badminton tidak dapat diselamatkan disebabkan lambat memberi bantuan pernafasan ini.

“Perkara ini perlu dipandang serius dan galakan dalam mempelajari ilmu ini amat penting buat kita.

“Pembelajaran ini perlu diperluaskan ke peringkat persatuan-persatuan sukan lasak kerana ia amat penting bagi mereka apabila kecemasan.

“Selain itu, St. John juga perlu perluaskan usaha ini ke peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus AED dan CPR di Seri Negeri, petang tadi,

Program yang berlangsung pada sesi kedua itu dihadiri para jurulatih sukan lasak termasuk tinju, kabbadi, wushu dan taekwondo.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES