Categories: MAIMMELAKA

Kesan kebaikan pemberi zakat kepada asnaf

“Buat apa bayar zakat kat pusat zakat, lebih baik aku bagi pada asnaf terus”

“Aku tak mahu bayar zakat, duit zakat berjuta-juta dibahagikan pun tak tahu kemana?”

“Aku dah bayar zakatlah pada bulan Ramadan”

“Aku punya duit pun tak cukup, hidup pun susah, macam mana aku nak bayar zakat?”

SERING kita dengari kata-kata masyarakat seperti ini, tidak kira tua atau muda, berita yang pasti atau palsu, sudah tahu hukum zakat tetapi diabaikan dan masih ada lagi dalam hati kita sifat mendabik dada “ini adalah usaha dari titik peluh aku”.

Hal yang beredar ini berbalik kepada pegangan iman masing-masing dan menempuh ujian Allah SWT dalam konteks pengorbanan dalam Islam.

Ujian yang dihadapi oleh umat Islam tidak sama diantara satu sama lain. Allah SWT telah menegaskan dalam surah Al Anfaal ayat 28;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”

Perlu dipasakkan dalam hati bahawa harta yang kita miliki bukan sepenuhnya milik kita, itu adalah milik Allah SWT. secara mutlak. Tidakkah kita sedar bahawa setiap rezeki yang diperolehi perlulah dikongsi bersama-sama kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Ini bertepatan dalam firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 24-25:
Yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu. Bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa yang tidak mahu meminta.”

Sesungguhnya, zakat merupakan salah satu pengorbanan harta dan jiwa untuk membersihkan jiwa dan menyucikan harta sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT. Islam amat menitikberatkan perkembangan sosio ekonomi umat Islam ke arah memacu peredaran zaman semasa.

Saban tahun demi tahun keadaan ekonomi negara akan berubah-ubah dan semakin meningkat. Makin meningkat taraf kehidupan makin terbeban kehidupan seseorang itu.

Persoalannya, sejauh manakah bantuan zakat dapat meningkatkan kualiti kehidupan golongan miskin?. Justeru itu, memandangkan nilai bantuan zakat yang diberikan amatlah kecil, tetapi memberi manfaat kepada seseorang untuk meneruskan kehidupannya yang lebih baik.

Alangkah besarnya ganjaran pahala yang diperolehi oleh pemberi-pemberi zakat sehinggalah dapat memberi manfaat kepada asnaf yang layak. Golongan kaya dapat meringankan bebanan kos kehidupan golongan miskin sekaligus menghindarkan sifat tamak dan kedekut dikalangan orang yang berharta.

Manakala golongan miskin pula dapat menjauhi sifat iri hati dan buruk sangka kepada orang-orang yang mempunyai harta. Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan di hari kiamat. Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil memusnahkan orang-orang sebelum kamu. Sifat bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah dan melanggar batasan.”(Riwayat Muslim)

Zakat ini memberi kesan yang amat besar kepada pemberi zakat (muzzaki) dan penerima zakat (mustahik)dimana seseorang yang mengeluarkan zakat ini akan diberkati oleh Allah SWT. Selain diberkati kehidupannya, rezekinya juga akan bertambah dan berkembang.

Kadang-kadang ketika seseorang itu menginfaqkan hartanya ke jalan Allah SWT apabila berlakunya kesulitan kewangan tanpa disangka-sangka rezeki itu datang dengan sendiri. Inilah yang dikatakan rezeki yang berkat dan bersih.

Selain daripada itu, pemberi zakat dapat mewujudkan perhubungan persaudaraan sesama Islam tanpa mengira taraf kehidupan seseorang, dimana golongan kaya dapat membantu golongan miskin.

Dengan berzakat, golongan kaya dapat memberi sebahagiaan hartanya kepada fakir dan miskin. Dengan zakat juga, golongan miskin dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup dan merasai wujudnya tangan-tangan orang kaya yang permurah bagi meneruskan kehidupannya dengan lebih baik. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 10:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Dan dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain. Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau bermusuhan, janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain, jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Riwayat Muslim)

Sehubungan dengan itu, zakat juga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu pengangguran. Ini disebabkan kesan kebaikan pemberi zakat kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Pengangguran ini juga boleh membawa kepada kemiskinan seseorang individu itu. Hal ini kerana, golongan miskin tidak mempunyai modal untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan perusahaan.

Oleh yang demikian, jikalau sistem zakat ini dapat mengagihkan kepada yang berhak, maka sudah tentulah golongan miskin memperolehi bahagiannya dan mereka boleh menjalankan perniagaan atau perusahaan untuk memajukan diri mereka.

Seterusnya, apabila mereka berjaya dalam sesuatu perusahaan, maka mereka akan terkeluar dari golongan asnaf, dan mereka akan memberi zakatnya kepada orang kurang berkemampuan yang lain.

Itulah kitaran hidup manusia kadang-kadang kita mengalami kesusahan dan kadang-kadang juga kita mengalami kesenangan. Maka beringatlah rezeki yang diperolehi bukanlah sepenuhnya milik kita tetapi milikan mutlak daripada Allah SWT.

Sesungguhnya dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW telah banyak memberi peringatan kepada manusia tentang kewajipan menunaikan ibadah zakat. Oleh itu, barang siapa yang mengabaikan kewajipan menunaikan zakat inisedangkan dia mampu dan telah memenuhi syarat-syarat wajib berzakat, maka seseorang itu telah melakukan dosa besar dan dijanjikan dengan balasan seksaan yang amat pedih lagi menyakitkan. Na’uzubillahi min zalik.

Masyarakat Islam khususnya di Negeri Melaka diseru agar bersegera menunaikan kewajipan zakat harta ini antaranya zakat pendapatan, wang simpanan, KWSP/LTAT, emas & perak, perniagaan, saham, pertanian, penternakan & galian yang perlu dizakatkan jika telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat.

Semoga Allah SWT membalas sebaik-baik balasan apa yang diberikan dan melimpah segala berkat ke atas apa yang ditinggalkan. In Sha Allah.

Sebarang pertanyaan mengenai zakat, sila hubungi di talian :

Ibu Pejabat, Tel : 06-2812443 / 2441 / 2442

Faks : 06-2818154

Cawangan Alor Gajah, Tel : 06-5562340
Cawangan Masjid Tanah, Tel : 06-3845453
Cawangan Jasin, Tel : 06-5294635
Cawangan Merlimau, Tel : 06-2633148
Cawangan Pulau Sebang, Tel : 06-4413358
Cawangan Utc Melaka, Tel : 06-2831440

Talian Zakat : 1-300-88-0233
Laman Web : www.izakat.com
Facebook : Zakat Melaka

Sekian terima kasih.

Tulus Ikhlas Dari,

(Harith Bin Hassan)
Eksekutif Dakwah Zakat,
Zakat Melaka,
Majlis Agama Islam Melaka

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago