Categories: JENAYAHNASIONAL

KES CULIK NELAYAN: Polis Sabah sedang tunggu maklumat pihak keselamatan Filipina

KOTA KINABALU, 24 Sept – Polis Sabah masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa keselamatan Filipina berhubung kejadian tiga nelayan dipercayai warga negara jiran diculik di kawasan perairan Tambisan, Lahad Datu, pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata setakat ini belum ada pengesahan diterima daripada mana-mana pihak keselamatan Filipina berhubung kes berkenaan.

“Kita tunggu (maklumat pengesahan pihak keselamatan Filipina),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam semalam.

Omar berkata mengikut saksi kejadian, kes penculikan tiga nelayan itu berlaku kira-kira jam 11.50 pagi selepas melihat sebuah bot ditunda oleh salah satu bot pam digunakan suspek ke kawasan perairan Tawi-Tawi, selatan Filipina.

“Ada nelayan lain menghubungi Bilik Gerakan Marin di Sandakan bahawa ada ternampak bot itu dan anggota marin kemudian pergi (melihatnya) dan mendapati kru bot sudah tidak ada,” katanya.

Omar berkata polis sedang mendapatkan saksi-saksi kejadian termasuk pemilik bot untuk siasatan lanjut, dan siasatan masih diteruskan.

Sebelum ini, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali yang dihubungi Bernama telah mengesahkan berlaku kejadian penculikan di perairan Tambisan, dekat Lahad Datu.

Ketiga-tiga nelayan itu dipercayai diculik di perairan Geem Reef oleh tujuh lelaki bersenjata dan telah dibawa ke selatan Filipina.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago