Categories: MELAKA

Kerusi roda, lampin pakai buang diagihkan kepada yang memerlukan

KLEBANG 5 Nov. – Seramai 20 pesakit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang telah menerima bantuan lampin pakai buang hasil sumbangan kerajaan negeri Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck berkata, sumbangan yang diterima melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat itu diagihkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan terutama dari kalangan golongan berpendapatan rendah (B40).

Jelasnya, setiap pesakit menerima enam paket lampin pakai buang untuk penggunaan selama dua bulan.

Selain itu, pihaknya turut menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada dua pesakit yang tinggal di Kampung Pinang dan Kampung Seberang Gajah.

“Kerusi roda pertama diberikan kepada Mulia Muin, berusia 71 tahun yang jari kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis selain memerlukan bantuan untuk bangun kerana masalah tulang belakang.

“Yang kedua diberikan kepada Rokiah Derus, 65 tahun yang mempunyai kesukaran untuk duduk di bawah dan tidak boleh berdiri terlalu lama,” kata Gue Teck.

Menurutnya lagi, pihaknya akan terus komited untuk membantu golongan yang memerlukan di sekitar kawasan DUN Klebang.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago