Categories: EkonomiMELAKA

Kerjasama PKNM dengan Petronas di dalam urusan berkaitan minyak, gas & tenaga di Melaka

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan PKNM Energy Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada PKNM telah melaksanakan penglibatan baharu dalam bidang Gas dan Petroleum bersama Petronas menerusi pertemuan di antara kedua-dua pihak baru-baru ini.

Pertemuan yang diadakan di Menara 1 KLCC itu telah dihadiri oleh Naib Presiden Kumpulan Perolehan Petronas, Samsudin Miskon bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Ir. Ridhuan Affandi Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Energy Sdn Bhd, Niezam Abdul Rahman dan Pegawai UPEN, Mohd Yusof.

Pertemuan yang diadakan antara kedua-dua pihak itu merupakan hasrat daripada Ketua Menteri, Adly Zahari untuk memastikan Melaka menjadi sebuah negeri yang mampu menerajui bidang Gas dan Petroleum di Melaka di samping dapat memberi peluang kepada Industri Kecil dan Sederhana untuk terlibat sama di dalam industri tersebut.

Industri Gas dan Petroleum merupakan salah satu industri utama yang terdapat di Melaka.

Justeru itu, adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk menggunakan peluang ini bagi pembangunan masyarakat setempat terutamanya melibatkan rakyat negeri ini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago