Kerja naik taraf Masjid An-Nur Krubong siap mengikut jadual

Kerja naik taraf Masjid An-Nur Krubong siap mengikut jadual

KRUBONG 28 Dis. – Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hadir menyaksikan majlis penyerahan Projek Naik Taraf Masjid An-Nur di Kampung Krubong di sini, Khamis lalu.

MOHD Rafiq menyaksikan majlis menandatangani surat serah bangunan antara JKR negeri dan JAIM di Masjid An-Nur Krubong, Khamis lalu.

Majlis penyerahan projek tersebut telah dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri kepada Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM).

JKR negeri diwakili Jurutera Daerah Melaka Tengah, Ir. Ismail Abd. Rahman manakala MAIM diwakili Pengarahnya, Md. Azhan Samat.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut, wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Mohammad Azhar Salleh; Pengurus Kilauan Permata Enterprise, Abu Mohsin Abu Husin serta Jawatankuasa Lembaga Masjid An-Nur.

Kerja-kerja menaik taraf Masjid An-Nur Krubong telah dimulakan pada 27 April 2017 dan siap sepenuhnya pada 3 Oktober 2018 dengan kos RM1.57 juta.

CATEGORIES
TAGS