Categories: MELAKA

Kerja naik taraf fasa 2 Sungai Melaka bermula Ogos depan

AYER KEROH 18 Mac – Kerja- kerja pembangunan Sungai Melaka dijangka akan dimulakan Ogos depan sekali gus mampu dijadikan sebagai sebuah lokasi tarikan pelancongan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, projek naik taraf fasa kedua itu (pemanjangan sungai) akan melibatkan sepanjang 11 kilometer berbanding sembilan kilometer panjang sungai pada ketika ini.

“Projek ini akan dilaksanakan apabila selesainya siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah laku kuasa berlaku dari projek ini.

“Pembangunan yang dikenali sebagai projek Sungai Melaka Fasa dua ini merupakan antara pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan Sungai Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri di sini, hari ini.

Tambah beliau, apabila projek tersebut dijalankan nanti ia dilihat mampu mewujudkan Bandar Warisan Melayu di kawasan pesisiran sungai tersebut.

“Pelaksanaan projek pembangunan fasa kedua ini akan dibuat menerusi kerjasama pintar dengan agensi-agensi swasta, namun jika perlu dibuka tender kita akan buka,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago