Categories: NASIONAL

Kerajaan teliti kontrak sewaan jangka panjang hotel jemaah Haji

KUALA LUMPUR, 24 April – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperbaharui kontrak sewaan hotel di Arab Saudi bagi jemaah haji kepada kontrak sewaan jangka panjang yang lebih baik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ia perlu diteliti dan dibincangkan dengan pihak Arab Saudi bagi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengimbangi kadar sewaan yang meningkat setiap tahun.

Ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini, beliau menarik perhatian bahawa kerajaan tidak boleh membeli secara terus hotel-hotel di Arab Saudi kerana terikat dengan syarat kerajaan negara berkenaan berhubung pemilikan bangunan.

“Setakat ini kita terikat dengan kontrak sewaan atau pajakan jangka pendek sedia ada dengan kerajaan Arab Saudi bagi setiap tiga ke lima tahun.

“Kerajaan sedang berkira-kira untuk menandatangani kontrak baharu bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun sewaan atau pajakan bangunan hotel-hotel buat jemaah haji kita dan ini kita lihat lebih menguntungkan,” katanya menjawab soalan Senator Husam Musa.

Fuziah turut berkata beberapa faktor penting seperti harga sewaan dan penyelenggaraan bangunan perlu diambil kira berkaitan cadangan kerajaan untuk memeterai kontrak sewaan baharu bagi tempoh jangka panjang dengan kerajaan Arab Saudi itu nanti.

“Faktor (keadaan) bangunan hotel-hotel itu sendiri adalah paling utama, sebab kita perlu tampung jemaah haji kita seramai 30,200 orang setiap tahun…harga sewaan juga mesti kompetitif kerana kita merancang untuk tidak membayar lebih daripada kadar sewaan kontrak semasa.

“Kita juga perlu melihat apakah penawaran fasiliti dan tambah nilai yang ada di setiap bangunan hotel itu contohnya dekat dengan klinik atau farmasi,” katanya sambil menambah aspek penyelenggaraan juga perlu diambil kira bagi memastikan kualiti hotel terjaga.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago