Categories: MELAKA

Kerajaan PH bela rakyat kurang berkemampuan

SHARRIL bertanya khabar keluarga yang kurang berkemampuan, Jumaat lalu.

BANDARAYA MELAKA 19 Jun – Tiada istilah dipinggirkan dalam membantu golongan kurang berkemampuan, sebaliknya kumpulan sasar ini terus dibela agar masa hadapan lebih terjamin.

Ketua Penerangan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Sharril Shah berkata, golongan itu sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan, malahan bantuan kerap dihulurkan.

Sharril berkata, program sebegini mampu mendekatkan hubungan antara golongan berkenaan dengan kerajaan, selain memastikan dasar membela rakyat diteruskan.

Menurutnya, rakyat perlu diberi pembelaan khususnya golongan kurang berkemampuan, kita tidak mahu ada rakyat yang rasa disisihkan sebaliknya di bawah kerajaan Pakatan Harapan kita mahu kesejahteraan dan kebajikan rakyat dijaga.

Sharril yang juga Ahli Majlis MBMB berkata, sumbangan atau bantuan yang diberikan bertujuan membantu meringankan beban mereka.

“Usaha ini bukan sahaja memberi erti yang besar dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan malahan dapat memupuk serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat serta peka terhadap keperluan dan masalah masyarakat memerlukan sumbangan,” katanya ketika ditemui Melaka Kini, Jumaat lalu.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago