Kerajaan pertimbang tambah unit Rumah Belia Melaka

DURIAN TUNGGAL 22 Mac – Kerajaan Negeri Melaka akan melihat keperluan dan permintaan terhadap Rumah Belia Melaka (RBM) sebelum menambah lebih banyak unit rumah berkenaan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jika 280 unit projek perintis RBM di Bukit Tambun menerima sambutan menggalakkan, kerajaan berkemungkinan menambah bilangan unit yang akan dibangunkan dalam kuota 49,000 Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang lima tahun pemerintahan.

Katanya, kesesuaian permintaan itu akan dilihat mengikut kawasan melibatkan kategori RMM iaitu, Rumah Berkat, Rumah Harapan, RBM dan Rumah Kos Rendah (RKR).

“RBM merupakan antara rumah kos rendah yang termasuk di bawah kategori RMM dan kita akan melihat permintaan berdasarkan kawasan sebelum menambah bilangan unit dalam kuota 49,000 unit RMM.

“Kita akan lihatnya juga secara kelompok dari situ kita akan tahu berapa unit RMM melibatkan kategorinya yang perlu dibina berdasarkan keperluan, ia akan dimuktamadkan (kemudian),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Projek RBM Bukit Tambun di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Kiong, barisan Exco kerajaan negeri dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Saleh Mohd Dom.

Sementara itu, Kementerian Belia Sukan (KBS) menyokong usaha Melaka mewujudkan inisiatif terbabit terutamanya dalam memastikan keperluan mesra belia dinikmati golongan berkenaan.

Menurut Chee Kiong, Melaka berjaya mengenal aspirasi utama belia di negeri dengan mewujudkan RBM dan perlu dijadikan contoh kepada negeri lain.

“KBS amat mengalukan pelaksanaan RBM yang merupakan antara medium mesra belia.

“KBS menyokong segala dasar pro belia dan berharap ia boleh dijadikan model kepada negeri lain untuk mengenalpasti keperluan diperlukan golongan berkenaan,”katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago