Categories: Ketua MenteriMELAKA

Kerajaan negeri terima 57 pemohonan Rumah Berkat

POKOK MANGGA 13 April – Sehingga kini kerajaan negeri menerima 57 permohonan Rumah Berkat di bawah Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bagaimanapun hanya 30 unit Rumah Berkat yang tersedia buat masa kini.

Menurutnya, bagi menampung permintaan tersebut kerajaan negeri akan terus mencari rumah-rumah di kawasan lain untuk menampung permintaan pemohon.

“Kita telah mengenal pasti enam lokasi termasuk di Kemendor, Ujong Pasir dan Lereh.

“Bagaimanapun unit-unit rumah yang akan diambil mengikut kepada permintaan dan keperluan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Rumah Berkat Kampung Padang di sini.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew, ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah Eksekutif LPM, Saleh Mohd Dom.

Jelas Adly, dari 57 permohonan diterima, sejumlah 26 pemohon telah diberikan tawaran selepas proses penilaian kelayakkan dibuat.

“Seramai 17 darinya telah menerima tawaran tersebut dan lapan penerima telah mendiami rumah masing-masing,” katanya.

Rumah Pangsa Kampung Padang merupakan rumah pertama bagi program Rumah Berkat.

“Saya galakkan mereka yang layak untuk membuat permohonan kerana pendekatan ini sangat baik untuk membantu pasangan baru berkahwin memulakan kehidupan mereka,” katanya hanya RM150 sebulan perlu dibayar pemohon.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: pembangunan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago