Categories: BeliaMELAKAUsahawan

Kerajaan negeri tawar 30 % kuota : Sasar usahawan baharu & muda

AYER KEROH 30 Jan. – Kerajaan negeri menetapkan 30 peratus kuota penawaran kerja kepada usahawan muda dan baharu di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, tawaran itu termasuk kerja-kerja yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan dan anak syarikat yang terlibat di negeri ini.

Menurutnya, penetapan kuota ini merupakan peluang terbaik bagi
membantu golongan tersebut mendapat tempat dan peluang di peringkat kerajaan.

“Mungkin ada usahawan sebelum ini tidak diberi peluang seperti ini, kalau adapun, ia sangat sukar kerana sesetengah tawaran
tersebut dimonopili usahawan sedia ada.

“Kita buka peluang ini sebagai permulaan kepada mereka dan mereka perlu membuat pendaftaran baharu berbanding
dibuka secara umum seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat exco di bilik mesyuarat, Pejabat Ketua Menteri di sini.

Ujar Adly, kerajaan negeri turut memantau syarikat-syarikat lama yang membuat penjenamaan semula.

“Mana-mana usahawan yang tidak pernah diberi peluang mendapatkan tawaran di bawah agensi kerajaan dan PBT sebelum
ini, boleh mencuba mendaftarkan diri secepat mungkin.

“Kita telah arahkan pihak terlibat melaksanakan kaedah ini serta-merta,” katanya tawaran itu diutamakan kepada usahawan tempatan.

Mengulas lanjut, Adly berkata, jumlah kuota itu berdasarkan keperluan dan akan ditingkatkan jika perlu.

“Jika kita lihat, sejumlah 400 kontraktor ditawarkan kerja, 30 peratus yang diperuntukkan bagi kontraktor baharu jumlahnya adalah 120 orang.

“Kita tidak mahu ganggu proses sedia ada. Kuota ini dilihat sudah banyak memberikan manfaat kepada usahawan baharu,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago