Categories: Ketua MenteriMELAKA

Kerajaan negeri sokong peranan NGO – Adly

JAWATANKUASA PBPM Melaka menyambut ketibaan Adly di RMM, hari ini.

BANDARAYA MELAKA 21 Jun – Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha-usaha kebajikan yang dilaksanakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam membela nasib ahli mereka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ini kerana usaha itu selari dengan matlamat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana peranan sesebuah NGO merupakan sebahagian usaha yang dilakukan untuk membantu menjaga kebajikan keahliannya.

“Penyertaan ahli dalam persatuan sebegini merupakan perkara yang baik dan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kewangan dan sebagainya untuk NGO ini terus bergerak dan membantu ahli-ahli mereka.

“Hasrat kerajaan negeri bagi memastikan rakyat yang tertekan dengan beban ekonomi ini akan dapat dibantu, terutama mereka yang kurang berkemampuan,” jelasnya.

Adly berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Melaka Ke-42 di Dewan Restoran Melayu Melaka (RMM) di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Presiden PBPM, Hussin Awang Ngah; Pengerusi PBPM Negeri Melaka, Idris Mohd Ali; wakil Ketua Polis Negeri dan wakil Ketua-ketua Polis Daerah serta ahli-ahli PBPM.
Jelas Adly, PBPM boleh berperanan untuk menjaga kebajikan ahlinya selepas mereka bersara dari perkhidmatannya.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan syabas di atas usaha yang mereka lakukan ini dan akan bersama membantu serta menjayakan program-program yang mereka laksanakan,” ujarnya.

Berucap pada majlis tersebut, Adly berkata, iltizam para pahlawan negara membolehkan rakyat Malaysia dapat melaksanakan kegiatan seharian tanpa rasa bimbang serta membolehkan anak-anak ke sekolah tanpa rasa takut.

“Kita dapat mencari rezeki dengan lapang dada dan pulang ke rumah kepada keluarga tercinta dengan selamat setiap hari.

“Kita sentiasa menginsafi bahawa tidak mungkin Malaysia berada pada tahap pembangunan dan kemajuan seperti ketika ini tanpa perjuangan mulia para patriot dari pasukan, agensi dan perkhidmatan keselamatan negara.

“Hakikatnya perjuangan bekas-bekas anggota keselamatan ini telah membolehkan negara maju dan makmur, aman dan damai serta selamat sejahtera,” katanya.

Sehubungan itu, Adly menyeru barisan jawatankuasa PBPM Negeri Melaka memainkan peranan sewajarnya.
Selain bantu mengesan pesara polis yang memerlukan sebarang bentuk bantuan sama ada khairat kematian, bantuan perubatan atau anggota badan palsu termasuklah alat sokongan seperti kerusi roda dan tongkat.

“Usaha PBPM Negeri Melaka melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan program Ziarah Kasih ke rumah ahli-ahli yang uzur perlu diteruskan bagi membantu pucuk pimpinan kerajaan PH mengukuhkan lagi perpaduan dan keakraban di antara satu sama lain.

“Sekali gus mengembalikan kewibawaan Melaka seperti pernah dikecapi suatu ketika dulu,” jelasnya.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago