Categories: Ketua MenteriMELAKA

Kerajaan negeri cari mekanisme atasi masalah di Lebuh SPA

SUNGAI UDANG 10 Mei – Kerajaan negeri sedang mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan masalah trafik yang dihadapi penduduk Taman Bertam Putra di sini yang melalui Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) setiap hari.

Perkara itu disuarakan Ketua Menteri, Adly Zahari yang menyedari kesiulitan dialami kira-kira 30 penduduk di taman berkenaan.

Beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan agar masalah yang membelenggu penduduk terbabit dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Penduduk menghadapi masalah apabila ada penduduk di Taman Bertam Putra dan Taman Indah ini terpaksa membuat pusingan ‘U’ yang jauh sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini semalam.

MelakaKini pada bulan lalu menyiarkan rungutan 30 penduduk Taman Bertam Putra, di sini, terpaksa melalui jalan hampir lapan kilometer semata- mata membuat pusingan U untuk pulang ke kediaman masing- masing, jika datang dari arah Bandar Melaka.

Melalui rungutan itu, penduduk turut memohon jalan alternatif dari taman terbabit agar lebih mudah untuk keluar dan masuk ke lebuh raya terbabit.

Malah, penduduk di Taman Bertam Setia turut mengalami masalah sama apabila mereka yang ingin ke Sungai Udang terpaksa membuat pusingan U di jejantas Cheng dengan jarak perjalanan tambahan sejauh tujuh kilometer.

Manakala, dari arah Cheng untuk masuk ke taman itu terpaksa membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Bertam Impian dengan jarak tambahan perjalanan sejauh 5 kilometer.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago