Categories: Ketua MenteriMELAKA

Kerajaan negeri beri pengecualian 100 peratus caj denda lewat cukai tanah

AYER KEROH 23 Okt. – Kerajaan negeri telah bersetuju memberi pengecualian 100 peratus ke atas caj denda lewat cukai tanah bernilai RM21.3 juta kepada pembayar cukai tanah.

Ketua Menteri, Adly Zahri berkata, tetapi syaratnya, mereka perlu membuat bayaran penuh termasuk cukai tanah semasa dan tunggakan cukai dan dibayar melalui Kaunter Pejabat Tanah Daerah dan Kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) sahaja.

Menurutnya, tawaran ini berkuat kuasa bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018.

“Semoga dengan kelonggaran ini dapat membantu rakyat, sekali gus meningkatkan kutipan hasil negeri menjelang Disember 2018 ini.

“Ini antara insentif diberikan kepada rakyat, denda ini telah tertunggak lama dan ada yang lebih 10 tahun,” katanya,

Adly berkata demikian kepada media selepas program Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Roslan Ibrahim.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago