Kerajaan negeri ambil berat & cari penyelesaian terbaik

Kerajaan negeri ambil berat & cari penyelesaian terbaik

Ketua Menteri prihatin masalah rakyat

Foto Sumber Facebook AdlyZahariOfficial

AYER KEROH 2 Dis. – Ketua Menteri, Adly Zahari menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT),  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan supaya mengambil maklum bencana banjir yang melanda sebahagian kawasan di negeri ini  dan memberikan bantuan yang secukupnya kepada mangsa yang memerlukan.

Adly menerusi hantaran di laman Facebook rasminya AdlyZahariOfficial, menjelaskan kerajaan negeri begitu menitikberatkan permasalahan yang menimpa rakyat negeri ini yang terkesan akibat bencana alam, justeru pihak kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

“Saya berharap pihak PBT, JPS dan Agensi yang berkaitan supaya mengambil maklum atas bencana ini dan memberikan bantuan yang secukupnya kepada mangsa yang memerlukan.

“Kerajaan negeri amat mengambil berat akan masalah ini dan InsyaAllah kita akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Saya harap semua penduduk yang terjejas dapat bersabar dengan ujian ini,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) dan Amal Relief (ARiF) kerana turut sama menggembeleng tenaga membantu penduduk yang terjejas akibat bencana banjir semalam.

“Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada APM, PDRM, MPKK dan Amal Relief (ARiF), membantu kerja pembersihan rumah selepas banjir kilat,” tambahnya.

CATEGORIES
TAGS