Categories: MELAKA

Kerajaan Melaka perlu siasat projek mega

BANDARAYA MELAKA 21 Jun – Kerajaan negeri perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap projek-projek mega oleh kerajaan yang lepas di Melaka.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, antaranya projek Melaka Gateway, Melaka Monorel, projek Sungai Melaka dan kes rasuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Poay Tiong berkata, tumpuan harus diberikan terutama dalam projek Melaka Gateway di mana geran status pegangan bebas (freehold) telah diberikan kepada pihak pemaju pada 21 April 2015.

POAY Tiong

Menurutnya, perkara ini berlaku walaupun tanah tersebut belum wujud lagi ketika itu kerana kerja-kerja penambakan laut masih belum bermula.

“Melaka Gateway pada permulaannya disasar untuk dibuka pada 2018, tetapi masih belum disiapkan sehingga kini.

“Justeru itu, perkara-perkara ini perlu terus disiasat segera oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk tujuan akauntabiliti.

“Tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pihak ataupun pemimpin lepas yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam projek-projek,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

Poay Tiong juga meyokong dasar kerajaan Persekutuan untuk menyiasat dan mendedahkan skandal-skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).

Projek lain yang perlu disiasat adalah projek tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak, penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penyelewengan di Kementerian Pertahanan (MinDef) dan pembukaan semula kes National Feedlot Corporation (NFC),” ujarnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago