Categories: NASIONALSUKAN

Kento Momota patah hidung dalam nahas jalan raya

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota mengalami patah tulang hidung dalam nahas jalan raya yang turut mengorbankan pemandu van semasa dalam perjalanan ke  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau turut mengalami luka di bibir yang perlu dijahit dan beberapa kecederaan lain di bahagian muka.

Dalam kejadian pada 4.40 pagi itu, van dipandu B. Nageswarau, 24, yang turut membawa tiga lagi penumpang, melanggar belakang lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata Nageswarau yang tersepit di tempat duduknya, meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain Momota, 25,  juara dunia ketika ini, penumpang lain ialah pembantu jurulatih  Yu Hirayama, 35,  pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42, dan William Thomas, 30, pegawai teknikal Persekutuan Badminton Dunia.

“Mayat mangsa dan semua yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya,” katanya kepada Bernama.

Norazam  berkata 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.57 pagi.

Semalam, Momota daripada Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020  di Axiata Arena di sini, gelaran pertamanya pada kejohanan berprestij itu selepas beberapa tahun memburu gelaran itu.

Beliau menewaskan bekas juara dunia  Viktor Axelsen daripada Denmark pada aksi perlawanan akhir.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan, pada sidang media, selain memberitahu tentang kecederaan dialami Momota, berkata Hirayama mengalami kecederaan di muka dan kaki kanannya manakala Akifumi patah tangan.

Thomas mengalami kecederaan di kaki dan menerima tujuh jahitan di kepala, katanya.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut bergegas ke hospital untuk melawat mangsa yang cedera.

“Setakat ini keempat-empat mereka dalam keadaan stabil dan baik,” katanya dan menurutnya Momota   “sepertimana kebiasaannya, berada dalam semangat juang tinggi”.

“Kami memantau mereka dengan rapi. Kami akan memastikan keempat-empat mereka mendapat rawatan terbaik. Kami berasa lega apabila mendapat tahu keadaan mereka stabil,” katanya.

– BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago