Categories: EvergreenMELAKA

Kenali GULA MELAKA yang istimewa

SEBAGAI rakyat Malaysia, anda pasti pernah mendengar gula melaka terutamanya dalam perbualan berkisar tentang makanan tempatan. Namun tahukah anda apa itu gula melaka?

1. BAHAN UTAMA

Gula melaka asli diperbuat 100 peratus daripada air nira kelapa, dimasak sehingga pekat dan dibiarkan menyejuk sehingga membeku sendiri. Warnanya keperangan dan tidak gelap. Berbau harum dan mempunyai kemanisan sederhana.

2. GULA MELAKA CAMPURAN

Banyak gula melaka yang ada dipasaran mengandungi campuran gula pasir. Warnanya lebih gelap dan lebih keras serta lebih manis berbanding gula melaka asli. Hanya mereka yang pakar dapat membezakan gula melaka asli dan gula melaka yang mengandungi campuran gula pasir.

3. KEGUNAAN GULA MELAKA

Gula melaka banyak digunakan dalam masakan Melayu seperti rendang bagi menghasilkan masakan yang wangi dan lazat. Turut digunakan dalam pelbagai kuih-muih tradisional seperti bingka gula melaka, kuih bakul dan talam ubi kayu. Ia juga dicairkan bersama daun pandan bagi menghasilkan sirap gula melaka yang antara kegunaannya adalah semagis pemanis dalam air batu campur dan cendol.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago