Categories: MELAKA

Kempen Keselamatan Lif & Eskalator 2018 , orang ramai disaran tingkat kesedaran

DAMIAN semasa merasmikan Kempen Keselamatan Lif & Eskalator 2018 di Mahkota Parade, Isnin lalu.

BANDAR HILIR 2 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li merasmikan Kempen Keselamatan Lif & Eskalator 2018 bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya jika disalah guna.

Kempen tersebut anjuran Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melaka di Mahkota Parade di sini, semalam.

Damian berkata, sikap dan kecuaian orang ramai ketika menggunakan eskalator, antara faktor berlakunya kemalangan tidak dijangka di kompleks beli-belah, pasar raya atau bangunan tinggi.

Menurutnya, kempen tersebut adalah saluran maklumat berkaitan peranan kerajaan, firma kompeten lif.

Selain pemunya dan pengguna eskalator serta lif dalam memastikan jentera itu berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Katanya, kesedaran orang ramai mengenai bahaya terdapat pada eskalator dan lif terutama ibu bapa masih rendah menyebabkan mereka membiarkan anak-anak bermain yang boleh membuatkan kanak-kanak tersepit atau terjatuh.

“Justeru itu, ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati semasa anak-anak menggunakan kemudahan tersebut dengan mematuhi tatacara penggunaan dipaparkan oleh premis terlibat,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago