Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pantau keadaan di Kompleks Bersepadu Pengerang

Menterinya Datuk Seri Azmin Ali dalam ciapannya hari ini berkata Petronas dan pihak berkuasa relevan sedang menyiasat kejadian kebakaran dan letupan yang berlaku di kompleks itu awal pagi ini.

KUALA LUMPUR, 12 April – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang memantau keadaan di Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor.

Menterinya Datuk Seri Azmin Ali dalam ciapannya hari ini berkata Petronas dan pihak berkuasa relevan sedang menyiasat  kejadian kebakaran dan letupan yang berlaku di kompleks itu awal pagi ini.

Beliau berkata menurut polis, dua individu menerima rawatan sebagai pesakit luar.- BERNAMA

CATEGORIES
TAGS