Categories: MELAKANASIONAL

Kementerian arah rakyat tangguh perjalanan ke Sepanyol

PUTRAJAYA 17 Okt. – Kementerian Luar Negeri (MoFA) menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin berkunjung di wilayah Catalonia, Sepanyol agar menangguhkan perjalanan mereka buat masa ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan kementerian itu berkata, pihaknya sedang mengawasi keadaan yang berlaku di wilayah terbabit disebabkan berlakunya protes secara besar-besaran di negara terbabit bermula 13 Oktober lalu.

“Rakyat Malaysia perlu menangguhkan perjalanan mereka ke kawasan ini buat sementara waktu sehingga diumumkan keadaan bertambah baik nanti.

“Manakala, mana-mana rakyat Malaysia yang menetap di Catalonia dinasihatkan menjaga keselamatan masing-masing dan perlu menjauhkan diri dari kawasan yang terlibat dengan protes tersebut.

“Mereka juga dinasihatkan untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan daripada konsulat sila hubungi Kedutaan Malaysia di Sepanyol di talian (34)91 555 0684 atau (34)91 5550737

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago