KEMBARA MAULID ZAHIR KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW

KEMBARA MAULID ZAHIR KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW

Tambahkan rasa kecintaan terhadap baginda SAW..

 

Demi menghidupkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW, khususnya pada bulan kelahiran baginda, kariah Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya (SAHTPJ) mengadakan Program Kembara Maulid.

Pengerusi SAHTPJ, Muhammad Ahyad Abdullah berkata, program yang telah memasuki tahun ketiga itu bertujuan menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Tambah beliau, kebiasaannya program Kembara Maulid akan disusuli dengan acara kemuncak iaitu Majlis Maulid Akbar.

Namun, berbeza untuk tahun ini apabila Majlis Maulid Akbar 1441H, Surau Al-Hidayah Berselawat pada 28 dan 29 November 2019 ini akan diserikan dengan kehadiran penceramah terkenal dari Indonesia Buya Yahya serta penyanyi Qasidah popular, Habib Syech Assegaf.

Ujarnya, pada majlis itu juga turut diadakan Majlis Perasmian Surau Al-Hidayah oleh Mufti Melaka, Sahibus Samahah, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir memeriahkan dan mengimarahkan majlis berkenaan, sekaligus melahirkan rasa kecintaan kepada baginda SAW.

 

CATEGORIES