Categories: TV MELAKA

KEMALANGAN MOTOSIKAL, KEHIDUPAN 7 SEKELUARGA TERJEJAS

Berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

KEMALANGAN MOTOSIKAL, KEHIDUPAN 7 SEKELUARGA TERJEJAS
– Buntu meneruskan kehidupan mendatang
Berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang
‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, begitulah perumpaan kehidupan yang terpaksa dilalui pasangan Zubaidah Din, 40 tahun, dan suaminya, Kamaruzzaman Ibrahim,39 tahun, selepas Kamaruzzaman terlibat dalam kemalangan motosikal April lalu.
Kesannya, tempurung lutut kaki kirinya retak dan betisnya terpaksa dimasukkan besi menyebabkan dia tidak boleh berjalan dan berdiri seperti biasa buat tempoh enam hingga tujuh bulan.
Justeru, Kamaruzzaman hanya mampu terbaring di rumah dan mengharapkan isterinya yang kini mengambil alih tanggungjawabnya mencari nafkah bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Sebagai pembantu di sekolah, Zubaidah menerima bayaran RM520 dan turut menerima bantuan daripada JKM dan MAIM menjadikan keseluruhan pendapatan kurang RM1000 bagi menampung perbelanjaan 7 beranak itu.
Lebih membebankan Zubaidah tidak mempunyai kenderaan untuk membawa suaminya ke hospital dan menghantar anak ke sekolah, selain harapan tipis suaminya untuk kembali berjalan seperti biasa diberitahu doktor
.
Sehubungan itu, mereka amat berharap agar ada pihak sudi membantu mereka mendapatkan rumah sewa yang lebih murah bagi mengurangkan beban kehidupan mereka.
Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago