Categories: MELAKARENCANA

Kebaya serlah keanggunan si pemakai

TAMPAK cantik dan anggun si pemakai dengan mengenakan kain sarung dan barangan perhiasan lain untuk menjadikannya lebih menarik.

Itulah baju kebaya yang merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu Nusantara yang masih dipakai sehingga hari ini.

Tidak lapuk ditelan zaman, peminatnya bukan sahaja wanita dewasa, malah gadis remaja.

Bukan hanya dipakai ke majlis formal, kebaya juga digayakan golongan wanita ke pejabat, malah ketika bersantai.

Keunikan dan keaslian rekaan kebaya tetap menjadi pilihan bukan saja dalam kalangan dewasa, tetapi juga remaja.

KEUNIKAN KEBAYA

KEBAYA terus mendapat hati dalam kalangan masyarakat.

Fesyen kebaya juga tidak terhad kepada satu potongan sahaja, malah terdapat beberapa jenis fesyen kebaya seperti kebaya panjang, kebaya pendek, kebaya Kota Bharu, kebaya nyonya dan kebaya Sunda.

Keindahan kebaya lebih terserlah andai fabrik yang dipilih bersesuaian. Jika sebagai fesyen harian, fabrik yang dipilih adalah dari jenis sutera, kasa, kain kapas, sifon sutera, sifon biasa dan sebagainya.

Namun khusus untuk pengantin, fabriknya lebih mewah dengan manik dan permata tiruan.

Bagi menambah keindahan kebaya dan keanggunan pemakainya, kebaya turut dihiasi dengan sulaman dan ditambah pula dengan jahitan manik yang sarat.

SESUAI DIGAYAKAN

Mungkin ramai beranggapan baju kebaya hanya merupakan pakaian orang zaman dahulu atau ringkasnya pakaian yang sudah ketinggalan zaman.

Namun, tanggapan sedemikian silap kerana kebaya merupakan pakaian tradisional yang tak lapuk ditelan zaman.

Contohnya, kebaya Nyonya bukan sekadar pada gaya menawan potongan siluet dan motif sulaman yang pelbagai.

Kebaya Nyonya juga lebih unik kerana busana itu juga adalah lambang paduan masyarakat majmuk di Malaysia sejak berpuluh tahun lampau.

Baju kebaya sesuai digayakan ke mana-mana sahaja baik ke pejabat, ke majlis perkahwinan, majlis makan malam atau kenduri-kendara.

MENDAPAT HATI MASYARAKAT

PELBAGAI peringkat umur mengenakan pakaian kebaya.

Mungkin dek kecantikan dan keunikan baju tersebut, ia mendapat tempat di hati kaum wanita Cina Peranakan Nyonya untuk memakainya dan terus sinonim dengan komuniti tersebut.

Tidak hairan jika kebaya dikatakan sebagai fesyen kontemporari yang tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.

Ini kerana, industri fesyen dan dunia hiburan telah sedikit sebanyak membantu negara mengekalkan warisan itu menerusi peragaan artis-artis dan model-model bagi mempromosikan reka cipta terbaharu kebaya.

Koleksi pakaian tradisional seperti kebaya tidak mungkin pupus dek zaman walaupun industri fesyen sudah melangkaui dalam penghasilan rekaan koleksi serba canggih.

PELBAGAI REKAAN

Baju kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia, Singapura, Malaysia dan Brunei. Ia diperbuat dari kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.

Ia asalnya direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung.

Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan kerongsang berasingan atau berangkai dengan rantai halus.

Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

PELBAGAI GAYA KEBAYA

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya, di Selangor ia tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri lain.

Di Pahang, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang.

Tetapi, bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain, malah dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat dari songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat dari songket.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago