Categories: KebajikanMAIMMELAKA

Kebajikan saudara baharu tidak diabaikan

AYER KEROH 7 Okt. – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan sentiasa memastikan kebajikan saudara baharu atau mualaf tidak diabaikan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, Bahagian Balai Islam MAIM mempunyai pelbagai program dan modul khusus untuk memberikan didikan dan bimbingan kepada saudara baharu mendapat ilmu asas agama Islam.

“Kita tak nak dengar saudara baharu ini diabaikan. Kadang-kadang ada antara mereka yang dibuang kerja, dibuang keluarga, tiada rumah dan sebagainya.

“Sebab itu menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, MAIM dan Balai Islam untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka. Saya yakin pengalaman dimiliki pegawai di MAIM dan Balai Islam dapat selesaikan masalah yang berlaku,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Saudara Muslim Negeri Melaka di Hotel MITC, baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha MAIM, Azman Aziz dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Mohd Leow Abdullah.

Mohd Sofi yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri berkata, konsep Rahmatan Lil Alamin perlu dibawa termasuk dalam menguruskan masalah dihadapi saudara baharu.

“Kita nak tunjukkan bahawa masuk Islam tak semestinya mereka akan tinggalkan keluarga, sebaliknya ia akan membawa rahmah kepada semua,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 112 orang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Saudara Muslim Negeri Melaka yang terdiri daripada peperiksaan UPKK, UPSR, PT3, SPM dan Ujian Semester 1.

Manakala, Natasha Alisha Mohan,19, dan Miesha Alisha Soffea Abdullah,25, dipilih sebagai Tokoh Saudara Muslim Negeri Melaka 2019.

oleh SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago