KBS tingkat pemahaman terhadap solat, Al-Quran – Rafiq

KRUBONG 10 Okt. – Kem Bestari Solat (KBS) dan Takmil Khatam Al-Quran pendekatan terbaik mendedahkan anak-anak mengenai kepentingan pendidikan islamik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, program tersebut dilihat dapat memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan peserta.

Menurutnya, kerajaan negeri sendiri sentiasa menggalakkan mana-mana sekolah menganjurkan program seumpama itu.

“Usaha dilaksanakan Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong ini dapat dicontohi oleh sekolah-sekolah lain di Melaka.

“Saya yakin selain dapat membantu meningkatkan pemahaman peserta mengenai Al-Quran, ia juga mendidik anak-anak lebih mahir melakukan ibadat solat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup Kem Bestari Solat dan Takmil Khatam Al-Quran di SK Krubong di sini, tadi.

Hadir sama, Guru Besar SK Krubong, Hazman Dolah.

Mohd Rafiq yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, KBS memfokuskan kepada aktiviti berkaitan solat, manakala takmil lebih kepada penguasaan Al-Quran.

“Kedua-dua aktiviti ini sangat penting disampaikan kepada anak-anak sedari awal.

“Ia bagi memastikan anak-anak mempunyai pengetahuan ibadat yang baik sekali gus mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan mereka,” katanya.

Kem diadakan selama dua hari itu mendapat penglibatan 80 peserta daripada 10 sekolah di DUN Paya Rumput.

Antara pengisian program termasuk mengajar murid berwuduk dengan sempurna, melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar, khatam 30 juzuk Al-Quran dengan sempurna dan membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago