KBS harap Lee Chong Wei terus tabur bakti

KBS harap Lee Chong Wei terus tabur bakti

Setuju! Tapi lagi baik bincang dulu dengan beliau, mana tau buat sementara ni beliau nak berehat lama dulu ke kan..

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kementerian Belia dan Sukan berharap bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam usaha mengangkat dan memartabatkan sukan badminton walaupun telah bersara.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata khidmat Chong Wei amat diperlukan termasuk  dalam mengadakan sesi ‘sparring’ bersama atlet muda.

“Kementerian juga dimaklumkan bahawa Chong Wei turut berniat dalam satu kolaborasi untuk membina akademi badminton di Kedah.

Namun, buat masa ini kita berikan beliau sedikit ruang dan masa untuk berehat seketika sebelum kembali berunding untuk menggunakan bakatnya dengan terus berkhidmat dalam mengangkat dan memartabatkan sukan badminton negara,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) sama ada kementerian itu akan menggunakan khidmat Chong Wei bagi melahirkan lebih ramai pemain badminton berprestasi tinggi.

Syed Saddiq juga berkata pihaknya dengan persetujuan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melantik Chong Wei sebagai Chef de Mission ke Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

“Saya yakin aura, nasihat dan bimbingan beliau bakal memberikan sumber inspirasi kepada atlet muda yang lain untuk terus berbakti  kepada negara dan akhirnya mampu menyumbang pingat emas pertama kepada Malaysia dalam Sukan Olimpik,” katanya.- BERNAMA

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS