Categories: MELAKA

Kayuhan kasih santuni masyarakat Orang Asli

DURIAN TUNGGAL 15 Nov. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merentas negeri bagi menyantuni masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, tidak hanya tertumpu kepada akademik, penyelidikan dan inovasi, malah turut mengeratkan silaturahim bersama komuniti.

Menurutnya, pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dibuat UTeM sama ada dalam kalangan kakitangan mahupun pelajar universiti.

“Antara program terbaru adalah Program Kayuhan Sentuhan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli, Kampung Sungai Ubi, Tanah Rata, Cameron Highland dan Latihan Persediaan VCC 2019 sebelum ini.

“Objektif kayuhan ini untuk membantu masyarakat Orang Asli di Tanah Rata selain menceriakan mereka,” katanya.

Jelasnya, program itu bermula 12 Oktober lalu melalui kayuhan sejauh 183 kilometer bermula dari Tanah Rata, Berinchang, Simpang Pulai, Tapah dan Tanah Rata.

“Keesokkan hari pula, misi CSR bermula dengan membantu kelengkapan surau seperti sejadah, naskah al-Quran, buku Iqra, telekung, kain pelikat, serta kerja-kerja membaik pulih atap surau dan pemasangan lampu.

“Pasukan CSR turut menyerahkan pakaian terpakai, makanan ringan, barang persekolahan dan wang ringgit yang disumbangkan warga UTeM,” katanya.

Program itu merupakan kerjasama Kelab Berbasikal XCTS UTeM (BAKUTeM) dan Pusat Sukan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM melibatkan 16 peserta daripada 12 staf dan empat pelajar.

Gimik pelepasan disempurnakan Ketua Setiausaha KPM Datuk Dr. Mohd Ghazali Abas.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago