Categories: MELAKA

Karnival Falak di Tanjung Bidara 6-8 Sept

AYER KEROH 5 Sept. – Orang ramai dijemput ke Karnival Falak di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara bermula esok hingga Ahad ini.

Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan pada karnival sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H itu.

Katanya, Ketua Menteri Adly Zahari dijadual merasmikan karnival berkenaan esok.

“Antara aktiviti sepanjang karnival berlangsung adalah cerapan matahari dan cerapan langit malam serta lawatan ke galeri Balai Cerap Al-Khawarizmi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, program anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka itu bermatlamat memartabatkan ilmu falak kepada masyarakat.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago