Kapal kontena pertama berlayar selepas 45 tahun

Kapal kontena pertama berlayar selepas 45 tahun

Saat-saat bersejarah buat Negeri Melaka. Harap lebih banyak kapal mai singgah Melaka. :-)

TANJUNG KLING 25 April – Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. melakukan pelayaran pertamanya di negeri ini selepas 45 tahun terbinanya Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas.

Ketua Menteri, Adly Zahari pelayaran itu merupakan kapal kontena pertama yang berlabuh di negeri ini bagi memasarkan pasaran eksport syarikat terbabit ke Humen, China.

Menurutnya, produk yang dieksport ke negara Tembok Besar itu adalah melalui kapal kontena itu dijangka tiba di negara berkenaan selama lima hari.

“Ini merupakan satu permulaan baharu bagi industri pelabuhan antarabangsa di negeri ini dan yakin ini merupakan satu pelaburan baharu dalam negeri ini.

“Kita yakin pembangunan ini dicapai setelah dirancang pada tahun lalu dan harap akan ada lagi kerjasama dengan syarikat lain di Melaka untuk memulakan pelayaran atau industri perkapalan di Tanjung Bruas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelayaran Sulung Kapal Kontena Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. ke Humen, China di Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata, pelbagai pembangunan lain akan dibangunkan di pelabuhan terbabit melibatkan penambahbaikan pada fasa kedua.

Jelasnya,pembinaan melibatkan 1,600 ekar itu akan dibangunkan pada jangka masa panjang selepas lima tahun akan datang.

“Dalam masa beberapa bulan lagi kita akan menandatangani perjanjian bersama Johor Port bagi membangunkan pembangunan pelabuhan di sini.

“Dalam tempoh singkat kira-kira tiga tahun lagi kita akan ada jeti pelabuhan baharu dibina di kawasan ini.

“Ini adalah perancangan kita dan aspirasi ini akan diteruskan dengan sasaran kita menjadikan Melaka sebagai negeri pelabuhan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jadi dalam tempoh janga pendek ini juga, kita juga dah bangunkan juga jeti ini semula dengan penambahbaikan sejak beberapa bulan lalu.

“Penambahbaikan itu seperti memperkukuhkan jeti ini bagi memastikan trafik dan laluan lori kontena untuk memuatkan barang selamat.

“Walaupun reka bentuk jeti ini dilihat sama tapi beberapa pihak terbabit dan agensi berkaitan sudah memastikan bahawa jeti ini selamat dalam jangka masa panjang,” katanya.

CATEGORIES
TAGS