Kanak-kanak meriahkan pertandingan melukis ICOMOS

Kanak-kanak meriahkan pertandingan melukis ICOMOS

BANDAR HILIR 15 April РPertandingan melukis kanak-kanak International Council On Monument & Sites (ICOMOS) Malaysia mendapat sambutan menggalakkan  dari anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun di negeri ini.

Mengangkat tema Warisan Alam Semulajadi Malaysia, program anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan ICOMOS itu melibatkan lebih 100 peserta.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew berkata, pertandingan tersebut juga sangat istimewa kerana ia dianjurkan sempena Sambutan Ulangtahun Ke 16 MBMB serta menyokong Tahun Melawat Melaka 2019.

“Inisiatif ini dilihat sebagai medium terbaik mendedahkan anak-anak sedari awal berkenaan kepentingan warisan.

“Menerusinya, kita dapat mendidik mereka untuk lebih mendekati alam sekitar sekaligus memupuk rasa cinta dalam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membacakan teks ucapan mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari pada majlis penutupan pertandingan melukis kanak-kanak ICOMOS Malaysia di Taman Bunga Raya di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden ICOMOS Malaysia, Datuk Ar. Zulkhairi Md. Zain dan Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin.

Tambah Kok Kiew, beliau berbangga kerana ibu bapa menyokong dan meluangkan masa membawa anak-anak mereka menyertai pertandingan ini.

“Pengalaman baharu ini memperlihatkan anak-anak peka terhadap sekeliling hingga mampu menghasilkan karya seni berkaitan flora dan fauna yang indah.

“Secara tidak langsung ia mencungkil bakat peserta dalam bidang seni dan saya yakin tidak mustahil suatu masa nanti mereka mampu menempa nama dalam bidang seni lukis,”katanya.

CATEGORIES