Categories: NASIONALSUKAN

Jongkong emas atlet negara akan dipasarkan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Rancangan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengumpul dana bagi membantu bekas atlet dengan menjual jongkong emas bakal direalisasikan dalam masa terdekat.

Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata jongkong emas seberat 0.5 gram yang didatangkan dalam bentuk seperti kad itu merupakan inisiatif bagi memperingati perjuangan legenda sukan negara.

Sebagai pengenalan, beliau berkata YAKEB menyenaraikan tiga atlet legenda kebangsaan iaitu bekas jaguh bina badan Datuk Abdul Malek Noor, Olahragawati Kebangsaan Datuk M. Rajamani, dan jaguh berbasikal Datuk Ng Joo Ngan.

“Jongkong emas itu akan mempamerkan wajah bekas-bekas atlet negara berserta catatan prestasi cemerlang pencapaian mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Noorul berkata setakat ini, YAKEB mempunyai 2,585 ahli, terdiri daripada 91 bekas atlet kelainan upaya (OKU) dan 2,494 atlet normal.

Menurut Noorul, sehingga Jun ini, YAKEB mencatatkan pengeluaran wang sejumlah kira-kira RM600,000 bagi tujuan menampung kos perubatan bekas atlet dan bantuan kewangan sebanyak RM74,000.

Katanya kerajaan telah memperuntukkan dana RM3 juta kepada YAKEB sebagai tanda keprihatinan kepada bekas atlet kebangsaan.

YAKEB sebelum ini mengumumkan ‘Tabung YAKEB for X-Athletes’ selepas mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang telah meletakkan sebanyak 70 tabung kutipan di sekitar Lembah Klang.

Sebagai usaha memastikan kebajikan bekas atlet terjamin, beliau berkata YAKEB akan memulakan jerayawara sulungnya bermula di Negeri Sembilan, 20 Julai ini dan akan bergerak ke negeri lain bagi menggalakkan pendaftaran atlet yang bersara.

“Atlet yang akan bersara juga diminta segera berdaftar dengan YAKEB jika mahu kebajikan mereka terpelihara,” katanya.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago