Jom meriahkan karnival kesihatan DUN Serkam

SERKAM 17 Okt. – Masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dijemput memeriahkan Karnival Kesihatan DUN Serkam.

Penyelaras DUN Serkam, Muhammad Khomeini Kamal berkata, program yang akan berlangsung pada 26 Oktober itu akan bermula seawal jam 9 pagi hingga 2 petang di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras (Japerun).

Menurutnya, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk saringan kesihatan percuma, klinik berhenti merokok, klinik kesihatan remaja dan klinik pergigian.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya penduduk dalam DUN ini supaya menjaga kesihatan.

“Diharapkan komuniti setempat mengambil peluang ini untuk menambah pengetahuan berkenaan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, terdapat juga mini pameran, peka B40, cabutan bertuah, senamrobik dan aktiviti 10,000 langkah.

“Sama-sama kita manfaatkan program ini tidak kira peringkat umur dan kaum,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago